Nasional@1Malaysia
'Pindaan Perlembagaan hanya dengan kelulusan Majlis Raja-Raja'
KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan Persekutuan khususnya membabitkan kedudukan Melayu hanya boleh dibuat dengan kelulusan Majlis Raja-Raja walaupun memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. [+]'Usah biar maruah kita tergadai'
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta orang Melayu mensiapsiagakan diri untuk memanfaatkan hak mereka, gigih membina keupayaan dan kemampuan bagi mempertahankan perjuangan parti serta Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui negara. [+]UMNO tunai tanggungjawab perjelas isu hak Melayu
TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO tidak pernah mencetuskan isu hak orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya memberi penjelasan supaya tidak dianggap bacul apabila ditimbulkan pihak tertentu. [+]Ucapan dasar Presiden tepat, sedarkan rakyat
KUALA LUMPUR: DUA bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak sangat tepat bagi menyedarkan rakyat berhubung beberapa perkara penting dalam Perlembagaan, khususnya hak keistimewaan Bumiputera dan masyarakat berbilang kaum yang selama ini disalahtafsirkan sesetengah pihak. [+]'Jadikan cabaran parti perkasa agenda Melayu'
TIGA Naib Presiden UMNO sependapat, ucapan dasar Presiden parti itu sebagai berani dan satu amanat penting dalam mencorakkan hala tuju parti meneruskan agenda perjuangan masa depan. [+]'Kontrak sosial tak perlu dibincang secara terbuka'
PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berpendapat soal kontrak sosial tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana ia mempunyai sensitiviti tertentu. [+]Usah leka dibuai 'angin syurga'
KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO diminta tidak dibuai dengan 'angin syurga' yang dibawa segelintir badut, pengampu dan hipokrit dalam parti yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan sendiri tanpa mahu membantu mengukuhkan parti pada peringkat akar umbi. [+]Analisis: Jaminan hak Melayu hapus prasangka 1Malaysia
RAMAI menarik nafas lega apabila Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan hak Melayu di sisi Perlembagaan tidak akan lentur walau badai melanda, selagi Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa. [+]Peranan kaum lain diiktiraf
KUALA LUMPUR: UMNO sentiasa mengiktiraf peranan kaum lain dalam usaha membangunkan negara dan menerima hakikat ditakdirkan bersama dalam satu negara untuk menjunjung cita-cita dan berkongsi masa depan. [+]Gagasan 1Malaysia utama perpaduan
GAGASAN 1Malaysia adalah himpunan ilham dan cetusan idea pemimpin terdahulu yang bertunjangkan kepada perpaduan sebagai agenda utama, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. [+]Rakyat masih kabur agenda, program baru kerajaan
RAKYAT pada peringkat akar umbi masih kabur mengenai agenda dan program baru dilaksanakan kerajaan, termasuk gagasan 1Malaysia, Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi. [+]Kerajaan kena tegas elak Perlembagaan dipersoal
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terus mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu, bahasa kebangsaan dan hak Raja-Raja Melayu. [+]Analisis: Jangan ada lagi kisah ungkit-mengungkit
AMANAT penting sudah dinyatakan Datuk Seri Najib Razak secara terus terang mahupun berkias dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. Ia bukan saja untuk ahli UMNO dan orang Melayu, bahkan setiap rakyat Malaysia supaya menerima realiti masyarakat majmuk yang perlu diteruskan dengan konsep 1Malaysia sejajar dengan perubahan landskap kehidupan dan politik ketika ini. [+]Ubah politik lama demi survival UMNO
UMNO memerlukan perubahan yang bukan saja penting bagi memastikan kelangsungan parti tetapi demi survival bangsa Melayu. [+]SAPP, PKR berkeras mahu letak calon masing-masing
KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam gagal mencapai kata sepakat untuk berkompromi menentang Barisan Nasional (BN) satu lawan satu pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, 4 November ini. [+]BN tidak hadapi masalah pilih calon
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah meletakkan calon pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi kerana mengamalkan konsep pemuafakatan di kalangan parti komponen, tidak seperti pembangkang yang kesepakatan mereka adalah hipokrit. [+]Pengundi muda sedar janji palsu ditabur PAS
GUA MUSANG: Jentera Pemuda UMNO Kelantan yang sudah bergerak ke peringkat akar umbi berjaya meningkatkan sokongan pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kepada parti itu. [+]PAS umum Dr Zulkefli jadi calon
GUA MUSANG: Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November ini. [+]Kes kematian Aminulrasyid: Misteri parang belum terjawab
SHAH ALAM: Misteri penemuan parang dalam kereta dipandu Aminulrasyid Amzah, 15, remaja yang mati ditembak polis di Seksyen 11 di sini, 26 April lalu, belum terjawab selepas tiga saksi pendakwaan memberi keterangan di Mahkamah Sesyen, semalam. [+]80,282 pelajar diarah cuti akibat jerebu
MUAR: Seramai 80,282 murid dari 170 Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan 34 sekolah menengah di daerah ini diarahkan bercuti mulai semalam selepas indeks pencemaran udara (IPU) mencapai tahap berbahaya akibat jerebu. [+]Elaun nelayan batal jika tipu diesel, petrol
KUALA LUMPUR: Nelayan boleh hilang kelayakan menerima elaun sara hidup jika mereka menyeleweng atau menyalahgunakan diesel dan petrol subsidi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong. [+]Denda RM50,000
KUALA LUMPUR: Stesen televisyen swasta TV3 dikenakan kompaun maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan penyiaran iklan Aidilfitri 'Sinari Lebaran' yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. [+]Lagi bakal pengantin hilang
POKOK SENA: Seorang gadis berusia 25 tahun yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 November ini dilaporkan hilang selepas keluar ke tempat kerja di Jalan Pegawai, Alor Setar, pagi Sabtu lalu. [+]Pelajar kolej gagal dikesan
IPOH: Seorang pelajar wanita kolej kejururawatan swasta di sini, Balqis Azman, 18, dilaporkan hilang sejak 30 September lalu. [+]Pengedar kereta PROTON kecewa kenyataan Bung
KUALA LUMPUR: Beberapa pengedar kereta Proton Edar melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang menggesa Proton Holdings Berhad (PROTON) menutup operasi syarikatnya sekiranya ia terus mencatatkan kerugian. [+]Universiti Islam disaran tak kejar ranking
KUALA LUMPUR: Universiti di negara Islam disaran supaya tidak terlalu mengejar kedudukan ranking sebaliknya perlu lebih memfokus kepada matlamat sebenar penubuhan sesebuah universiti itu. [+]Jurang bahasa, budaya cabaran bagi Malcon-ISAF
DOHA (Qatar): Jurang bahasa dan budaya, selain kesukaran rakyat tempatan menerima kehadiran warga asing di bumi mereka antara cabaran bakal ditempuh Kumpulan Induk Malcon-ISAF di Afghanistan. [+]PM Australia pilih Malaysia lawatan sulung
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memilih Malaysia sebagai destinasi lawatan sulungnya ke luar negara pada 31 Oktober ini, sejak memegang tampuk pimpinan negara itu 24 Jun lalu. [+]Buah kering dari China ada plumbum
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang memantau atas produk ‘salted plum candy’ dan buah kering dari China yang dipercayai mengandungi plumbum melebihi had dibenarkan. [+]SPRM kecewa banyak kes gagal
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam melahirkan rasa kecewa kerana kebanyakan kes berprofil tinggi yang dibawanya ke mahkamah menemui kegagalan apabila tertuduh dibebaskan hanya atas alasan teknikal yang remeh sedangkan bukti dikemukakan lebih daripada memadai untuk menjatuhkan hukuman. [+]Pelajar perubatan di Bandung ditemui mati
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia jurusan perubatan Universiti Padjadjaran Bandung, Indonesia ditemui mati rakan serumahnya dipercayai kerana mengalami sesak nafas, pagi semalam. [+]Sikap tunang lukakan hati saya: Rozaliya
CHUKAI: "Hati saya sudah tawar kerana sikapnya (tunang) tidak tahu menghargai dan banyak kali tindakannya melukakan hati dan perasaan saya. [+]Remaja ugut guru ditahan
TEMERLOH: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan selepas melakukan ugutan bunuh bermotifkan cemburu terhadap seorang guru tuisyen dengan menghantar satu kelongsong peluru kapur, di Mentakab, dekat sini Selasa lalu. [+]Kegiatan judi haram tumpas
ALOR SETAR: Polis Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, menumpaskan kegiatan perjudian loteri tanpa lesen susulan penahanan tiga wanita tempatan di Jalan Bakar Bata, Lorong Kampung Pisang dalam 'Ops Dadu', di sini, kelmarin. [+]10 ditahan cuba seludup mercun, senjata ke stadium
ALOR SETAR: Polis menahan 10 lelaki termasuk lima pelajar kerana membawa masuk pelbagai jenis mercun dan bunga api, air daun ketum dan senjata berbahaya ke Stadium Darulaman ketika perlawanan separuh akhir Piala Malaysia antara pasukan Kedah menentang Kelantan, malam kelmarin. [+]Polis tahan lima lelaki bantu siasatan kes bunuh, rogol pelajar
IPOH: Polis setakat ini menahan lima lelaki termasuk seorang pelajar berhubung kes rogol dan bunuh pelajar perempuan, M Divya Barathi, 16, yang mayatnya ditemui tertiarap dalam sebuah parit di Ladang Rubana, dekat sini, Sabtu lalu. [+]Mayat tanpa organ ditemui
KUALA TERENGGANU: Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui dengan keadaan dada kiri berlubang serta tiada organ dalaman dipercayai dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Blok 16, Peringkat Satu di sini, semalam. [+]
Sukan@1MalaysiaNS yakin masih ada peluang
SEDETIK kesilapan bahagian pertahanan menjadi puncak kekalahan Negeri Sembilan 0-1 kepada Johor FC, sekali gus meletakkan misi mempertahankan Piala Malaysia berdepan laluan berliku. [+]Seela lega bertanding di Guangzhou
WALAUPUN gagal melepasi had kelayakan ditetapkan, ratu 400 meter lari berpagar negara Noraseela Khalid mampu menghela nafas lega apabila namanya disahkan tersenarai ke Sukan Asia XVI Guangzhou dari 12 hingga 27 November ini. [+]Recari laung amaran saingi jagoan golf dunia
"LAPANGAN ini sama seperti tempat latihan saya di Miami (Amerika Syarikat), ini berita baik buat saya," kata Beatriz Recari , yang menyertai kejohanan golf LPGA Malaysia Sime Darby buat julung kali di negara ini atas jemputan penaja. [+]Skuad ragbi tetap uji kekuatan di China
KESATUAN Ragbi Malaysia (KRM) mengesahkan menghantar skuad ke Sukan Asia XVI Guangzhou, 12 hingga 27 November ini, walaupun menjadi mangsa belasahan di Sukan Komanwel New Delhi XIX, baru-baru ini. [+]Johor FC enggan berasa selesa
PENTAS final Piala Malaysia semakin menggamit Johor FC selepas menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan namun pembimbing skuad bertaraf kelab, Azuan Zain tetap dengan pendirian betapa pasukannya masih belum selamat. [+]Kelantan yakin mampu ke final
KEJAYAAN mengikat Kedah di Stadium Darulaman malam kelmarin, meningkatkan keyakinan The Red Warriors untuk mengharungi perlawanan separuh akhir kedua di Kota Bharu, malam esok, meskipun sedar Sang Kenari akan bermati-matian mencari jaringan. [+]Ahmad tetap puas hati prestasi anak didik
DALAM keputusan seri tanpa jaringan di tempat sendiri, ketua jurulatih Kedah, Ahmad Yusoff tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya selepas tamat timbal balik pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Darulaman, kelmarin. [+]Juara Australasia hari ini
HARI ini bakal menentukan siapakah bakal bergelar juara Kejohanan Menembak Praktikal Antarabangsa Australasia 2010 di Lapang Sasar Ladang REM Kota Tinggi. [+]Peluang Hazwan raih kejuaraan MMRC cerah
JUARA bertahan, Hazwan Hazin Dermawan (Team Pulse-AC Law) membuktikan kehebatannya apabila mengumpul 10 mata selepas menang lima daripada enam saingan hari kedua Kejohanan Match Racing Malaysia (MMRC) 2010 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort dan Spa di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam.[+]
Ekonomi@1MalaysiaKenaikan tol selepas lima tahun tak beban rakyat
SEBARANG kenaikan tol di lebuh raya kendalian PLUS Express-ways Bhd selepas tempoh lima tahun tanpa kenaikan seperti dijanjikan kerajaan akan dibuat pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat.[+]Malaysia belum lagi hampiri gelembung harga hartanah
MALAYSIA belum lagi menghampiri masalah gelembung harga atau kenaikan mendadak harga hartanah, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Chor Chee Heung. [+]